AhLan wA SaHlAN ILa damba-pendaiemu.blogspot.com

Sunday, 29 January 2012

Hairan kan . .?

  


Aku hairan adakah kita lupa hakikat diri sebagai hamba?
Apakah kita lupa kebenaran hakiki bahwa kita adalah pendosa?
Lalu mana pintu taubat dan nikmat yang perlu kita cari ?

Aku hairan bukankah kita bersaksi kita bersaudara pada panji tauhid.
Tapi di mana mereka bila saudaranya disembelih?
Bila ummat seiman dengannya dibunuh dan diseksa ?

Aku hairan apakah hilang rasional kita?
Bergaduh tentang pangkat,jawatan dan pilihanraya
Sedang ummat ini masih lagi hanyut dan sesat
Dan anak muda gembira dan menari riang dengan syaitan


Aku hairan kenapakah orang-orang tua itu lebih suka berbincang
Dan berkata-kata kononnya atas dasar cendekiawan dan ketinggian ilmu pengetahuan
Demi dasar demokrasi junjungan perihal generasi masa hadapan
Tetapi,anak muda tetap menari dengan rentak hidup mereka sendiri
Adakah Islam itu tertegak dengan kata-kata ?


Aku hairan kubur mereka sudah dekat menanti
Harta bertimbun tak pernah lupa dicari
Tidak pula mengambil kisah tatkala mencuri merompak harta rakyat sendiri.

Aku hairan ada mereka kata pejuang Islam sejati
Tetapi ummat seiman dengan mereka kafir digelari.
Berjalan bangga kononnya menteri.

Aku hairan anak muda dengan hidup mereka sendiri
Berpimpin tangan,berpeluk dan bersenda menari
Tarian dengan lenggok sendiri
Adakah lupa pada ketinggian harga diri ?


Aku hairan islam dianggap asing pada ummatnya sendiri
Lalu mereka kata inilah yang hakiki
Itulah yang benar dan kamulah yang salah.
Tidakkah sedar kita ini pendakwah
Bukan hakim menjatuhkan silap dan salah.

Aku hairan bilamana kata-kata yang benar dibuang jauh
Pembawa kebenaran dianggap asing dan kebathilan dipegang teguh
Adakah ini ummat masa kini ?


Aku hairan ada yang berkopiah dan berserban pula,
Yang berkot dan bertali leher juga
Lambang cendekiawan moden bijak berkata
Maka kenapa hukum Allah ditolak tepi semudahnya ?

Aku hairan pada
ummat ini, pada alam ini, pada diriku sendiri.  . .

ANTARA KEMAHUAN DAN REDHA


                            



"Pokwe, nak tanye sket...Apa pendapat ko kalau aku kahwin senyap-senyap??"
‘Hmm...sebelum tu, aku nak tanye ko dulu soalan ni. Apa pendapat ko misalkata ko ni seorang ayah, dan tau-tau je, anak ko dah kahwin tanpa pengetahuan ko??..Apa ko buat??'
Sunyi sepi....
"Ala, aku bukan apa, dah setahun dah aku pujuk mak ayah aku nak kahwin, diorang tak bagi, terutama mak aku."
'Hmm...ade ko tanya kenapa mak ko tak bagi?'
"Itulah, aku dah tanya, alasan dia, suruh habis belajar dulu. Lepas tu, baru boleh nak fikir pasal kahwin-kahwin ni.."
‘Aku tak rasa satu tu je sebab yang mak kau tak nak bagi..Ko kena fikir dalam-dalam pandangan seorang ibu ni macamana..'
"Aku tak fahamlah mak ayah zaman sekarang ni, diorang tak faham keadaan kita. Aku takut tak dapat kawal diri je ni, tu yang aku fikir nak teruskan niat aku"..
Serba sedikit dialog yang pernah terjadi suatu ketika dahulu. Konflik tentang perkahwinan, sentiasa membelenggu para pemuda zaman ini. Antara kemahuan diri dan restu keluarga, sentiasa membelenggu pemikiran anak-anak muda, lebih-lebih lagi yang sedang hanyut dibuai cinta.

Mengapa Dihalang?
Inilah antara persoalan utama yang menjadi titik punca. Pandangan seorang ayah, selalunya dalam hal perkahwinan anak-anak mereka sangat ringkas dan tidak banyak kerenah. Kalau ada pun, hanya berkaitan dengan soal calonnya, berkenan atau tidak , dan selalunya apa yang menjadi pilihan si anak, ayah akan bersetuju. Apa yang dirasakan oleh si ayah, adalah mungkin sudah sampai masanya si anak belajar untuk membina keluarga sendiri.
Berbanding si ibu. Ibu , mendengar namanya sudah sayu. Dialah yang membesarkan, dialah yang mengandungkan kita, dialah yang menyusukan kita, dan ada kala, ketika si ibu sedang makan, terdengar sahaja rengekan anak kecil, anak disegerakan jamahan makanan itu, tetapi selalunya akan ditinggalkan terus juadahnya hanya untuk anak tercinta. Seorang ibu, membesarkan anak-anaknya sepenuh kasih sayang yang ada padanya. Sedihnya anak, pilu baginya, gembira si anak, senyuman dibibirnya, bak kata, setiap perilaku si anak, semuanya berbekas di hati seorang ibu.
"Mak kau tak bagi mungkin sebab sayang sangat kat kau kot, tu yang tak nak lepas tu"
Mungkin ada benar dan mungkin perlu diselidik apa yang menyebabkan terhalangnya kita meneruskan hasrat untuk berumah tangga. Seorang ibu, jarang menolak permintaan anaknya. Buruk-buruk anaknya, itulah buah hatinya. Sebut sahaja permintaan dari si anak, nak masak lemak la, nak nasi beriyani la, nak jajan ( makanan ringan ), apa sahaja kalau dihitung pasti kita akan mengakui seorang ibu jarang menolak permintaan anaknya. Tetapi, mengapakah pada permintaan yang satu ini sangat susah baginya untuk dia menyatakan persetujuannya?
Seorang ibu, apabila dia menyatakan ketidak setujuannya, pasti ada sesuatu yang tersimpul di sebalik itu. Seorang ibu, apabila menolak permintaan anaknya untuk mendirikan rumah tangga, dia tahu anaknya belum tiba masa lagi untuk diteruskan hajatnya. Ketika ini, apa yang bermain di fikirannya, apakah anakku ini boleh menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab? Mungkin soalan ini timbul kerana, dia akan membandingkan sikap suaminya (ayah kita) dengan sikap kita. Jika dia tidak bersetuju, pasti ada yang kurang pada diri kita yang menyebabkan kurangnya keyakinan dia untuk bersetuju dengan hasrat kita.
Bagaimana sikap Kita ?
Selepas subuh, tarik selimut kembali. Selepas makan , letak pinggan di dalam sinki sahaja, mengharapkan ada orang tolong basuhkan. Baju-baju kotor dibiarkan sahaja bersepah tanpa ada inisiatif untuk basuh. Jika inilah sikap kita di rumah, bagaimanakah seorang ibu mahu membenarkan anaknya untuk mendirikan rumah tangga jika dirinya tidak ada sifat bertanggungjawab sekurang-kurangnya pada diri sendiri, inikan pula bila sudah berumah tangga...
Sikap yang ada ini perlulah diubah dalam memberikan keyakinan si ibu bahawa anaknya sudah kenal erti tanggungjawab. Balik rumah , dalam seminggu dua, pujuklah hati si ibu dengan kerja-kerja rumah yang dilakukan. Unjurkan apa sahaja kerja-kerja rumah dari ibu, bahawa biar sahaja kita yang buat. Belikan sedikit cendera hati pada ibu, untuk menarik hatinya. Bila balik rumah, salam tangan ibu, cium tangan ibu. Kalau boleh buat lebih lagi, kucup pipi ibu, bisikkan pada telinganya ‘bang cik sayang mama'. Usahakan cara-cara yang boleh menarik hati ibu ataupun ayah. Keras mana hati ibu untuk melepaskan kita, pasti akan lembut jua akhirnya jika kita memujuk dengan kerja-kerja, kata-kata kita, dan yang terpenting bahawa kita takkan melupakan mereka walaupun sudah berkahwin nanti.






                                                    
Mengapa Mahu Tergesa-gesa?
Leceh. Mungkin itulah antara yang terbit dari mulut kita bila diberikan penyelesaian untuk masalah yang timbul. Tetapi, perlu ditanya semula, mengapa mahu tergesa-gesa? Mungkin dengan kelecehan itulah, tersingkap suatu keberkatan. Perkahwinan bukan hanya kita berkahwin dengan pasangan kita, tetapi kita juga 'berkahwin' dengan keluarganya. Selain itu juga, kita membesarkan keluarga kita. Kalau sebelum ini, kita hanya ada 3 orang adik, selepas berkahwin, ada 10 orang adik, sebelum kahwin , hanya ada seorang ibu dan seorang ayah, tetapi selepas berkahwin, kita ada dua orang ayah dan dua orang ibu. Dengan kata lain, keluarga kita membesar. Dengan membesarnya keluarga ini, benda paling utama kena jaga adalah hati.
Jika dengan kahwin senyap-senyap itu boleh menyelesaikan ‘perasaan' itu, boleh mengelakkan zina, maka itu hanya satu segi. Tetapi mengapakah dalam bab ini, kita membelakangkan keluarga yang selama ini membesarkan kita? Kita sanggup bersama pasangan kita yang hanya dikenali tidak terlalu lama, dan membelakangkan kasih sayang yang selama ini dicurahkan kepada kita sejak kecil?
Kita mudah mendapat syurga, tetapi kita ikut jalan yang tidak membawa ke syurga. Syurga ada pada ibu, tetapi kita tidak cuba mendapat syurga itu. Redha Allah pada redha kedua ibu bapa, maka apakah dengan membelakangkan keluarga dalam hal membina keluarga ini kita akan mendapat redha Allah pada keluarga yang kita mahu bina itu? Perkahwinan bukanlah sehari dua, tetapi kalau boleh sehingga hujung nyawa dan sehingga ke syurga. Jika berkahwinnya dengan tergesa-gesa itu atas alasan kerana tidak mahu terjebak dengan zina atau dengan kata lain, kerana nafsu, maka renunglah kembali. Selama manakah nafsu itu akan bertahan. Apakah sampai mati? Apakah kesabaran dalam berpuasa itu tidak boleh mengatasi nafsu yang mengawal diri, aduh, sungguh lemah dirimu.
Jika perkahwinan itu dibina atas agama, maka agama tidak akan terlepas dari diri kita sehingga ke syurga kelak. Setiap hari seseorang itu perlukan agama. Agamalah yang membimbing manusia. Apakah kita mahu membimbing anak-anak dengan nafsu atau agama? Perkahwinan yang dibina di atas kecil hati keluarga, kejayaan rumah tangga yang dibina sangatlah tipis berjaya. Tidak ada bukti bahawa perkahwinan yang dibina di atas tergurisnya hati keluarga membina keturunan yang memberi manfaat pada masyarakat. Jika kita berkahwin di kala ini tanpa pengetahuan ibu dan ayah, maka bolehkah kita boleh menjamin anak-anak yang akan dilahirkan dari sulbi isteri kita tidak akan mengulangi apa yang kita lakukan pada ibu bapa kita? Mungkin ianya boleh jadi, lebih teruk dari apa yang kita lakukan pada kedua ibubapa kita?

 
 
Bagaimana Jika Sudah Terjadi
Perkahwinan yang telah berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa, eloklah dibawa berbincang kembali dengan kedua ibu bapa. Cubalah sedaya mungkin untuk mengambil hati mereka yang terguris. Mohonlah kemaafan dari mereka. Ceritakan kesilapan yang dilakukan bahawa memang betul-betul kesilapan kita. Pokok utama disini, adalah perbincangan dua mata antara kita dan kedua-dua belah keluarga. Mungkin kesilapan yang yang dirasakan kecil itu,boleh menyebabkan dua keluarga berperang. Berbincanglah dengan nada merendah diri, akui kesilapan yang dilakukan. Moga dengan kesilapan yang dilakukan itu, mematangkan lagi kita. Manusia bukan makhluk sempurna, tetapi ketika melakukan kesilapan itulah yang perlu difikir semula dimana silapnya selama ini.
Yang penting disini, sikap berlapang dada kita dalam menilai sesuatu masalah. Walau sebesar manapun masalah itu, ingatlah , bahawa masalah itu, pemiliknya Allah. Dia memberikan kita masalah agar kita untuk menilai kita sejauh mana keimanan kita, sejauh mana kebergantungan kita kepadanya. Semua benda yang berlaku di atas muka bumi ini, ada sebab musababnya. Jika kita yakin dengan keputusan Allah, kita yakin dengan janji Allah, maka di situ kita akan dapat lihat jalan keluar pada setiap masalah yang timbul. Apa yang penting, cekalkan hati, tingkatkan amal agar keteguhan hati bertambah dan lapangkan dada dalam menilai sesuatu, insyaallah, pasti kita akan nampak jalan keluar di dalam kekusutan yang dihadapi.

kisah sahabat nabi(abu ubaidah r.a)

Saidina Abu Ubaidah bin Jarrah ra
Orang Kepercayaan Umat Ini
Beliau termasuk orang yang pertama masuk Islam. Kualitasnya dapat kita ketahui
melalui sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan,
dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah."
Abu Ubaidah bin Jarah ra lahir di Mekah, di sebuah rumah keluarga suku Quraisy
terhormat. Nama lengkapnya adalah Amir bin Abdullah bin Jarah yang dijuluki dengan
nama Abu Ubaidah. Abu Ubaidah adalah seorang yang berperawakan tinggi, kurus,
berwibawa, bermuka ceria, rendah diri dan sangat pemalu. Beliau termasuk orang yang
berani ketika dalam kesulitan, beliau disenangi oleh semua orang yang melihatnya,
siapa yang mengikutinya akan merasa tenang.
Abu Ubaidah termasuk orang yang masuk Islam dari sejak awal, beliau memeluk Islam
selang sehari setelah Saidina Abu Bakar as-Shiddiq ra memeluk Islam. Beliau masuk
Islam bersama Abdurrahman bin ‘Auf, Uthman bin Mazun dan Arqam bin Abu al-Arqam,
di tangan Abu Bakar as-Shiddiq. Saidina Abu Bakarlah yang membawakan mereka
menemui Rasulullah SAW untuk menyatakan syahadat di hadapan Baginda.
Kehidupan beliau tidak jauh berbeza dengan kebanyakan sahabat lainnya, diisi dengan
pengorbanan dan perjuangan menegakkan Deen Islam. Hal itu tampak ketika beliau
harus hijrah ke Ethiopia pada gelombang kedua demi menyelamatkan aqidahnya.
Namun kemudian beliau balik kembali untuk menyertai perjuangan Rasulullah SAW.
Abu Ubaidah sempat mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW. Beliaulah
yang membunuh ayahnya yang berada di pasukan musyrikin dalam perang Uhud,
sehingga ayat Al-Quran turun mengenai beliau seperti yang tertera dalam surah Al
Mujadilah ayat 22, artinya:
“Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat yang
mengasihi orang-orang yang menentang Allah SWT dan Rasulullah, walaupun orang
tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri
keimanan di dalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan semangat. Allah akan
memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai,
mereka akan kekal di dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun
senang dengan Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahwa perajurit Allah
pasti akan berjaya.”
Masih dalam perang Uhud, ketika pasukan muslimin kucar kacir dan banyak yang lari
meninggalkan pertempuran, justeru Abu Ubaidah berlari untuk mendapati Nabinya tanpa
takut sedikit pun terhadap banyaknya lawan dan rintangan. Demi didapati pipi Nabi
terluka, iaitu terhujamnya dua rantai besi penutup kepala beliau, segera ia berusaha
untuk mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi SAW.
Abu Ubaidah mulai mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya. Rantai itu pun
akhirnya terlepas dari pipi Rasulullah SAW. Namun bersamaan dengan itu pula gigi seri
Abu Ubaidah ikut terlepas dari tempatnya. Abu Ubaidah tidak jera. Diulanginya sekali
lagi untuk mengigit rantai besi satunya yang masih menancap dipipi Rasulullah SAW
hingga terlepas. Dan kali ini pun harus juga diikuti dengan lepasnya gigi Abu Ubaidah
sehingga dua gigi seri sahabat ini ompong karenanya. Sungguh, satu keberanian dan
pengorbanan yang tak terperikan.
Rasulullah SAW memberinya gelaran "Gagah dan Jujur". Suatu ketika datang sebuah
delegasi dari kaum Kristen menemui Rasulullah SAW. Mereka mengatakan, "Ya Abul
Qassim! Kirimkanlah bersama kami seorang sahabatmu yang engkau percayai untuk
menyelesaikan perkara kebendaan yang sedang kami pertengkarkan, karena kaum
muslimin di pandangan kami adalah orang yang disenangi." Rasulullah SAW bersabda
kepada mereka, "Datanglah ke sini nanti sore, saya akan kirimkan bersama kamu
seorang yang 'gagah dan jujur'.."
Dalam kaitan ini, Saidina Umar bin Al-Khattab ra mengatakan, "Saya berangkat mahu
shalat Zuhur agak cepat, sama sekali bukan karena ingin ditunjuk sebagai delegasi,
tetapi karena memang saya senang pergi shalat cepat-cepat. Setelah Rasulullah selesai
mengimami salat Zuhur bersama kami, beliau melihat ke kiri dan ke kanan. Saya
sengaja meninggikan kepala saya agar beliau melihat saya, namun beliau masih terus
membalik-balik pandangannya kepada kami. Akhirnya beliau melihat Abu Ubaidah bin
Jarrah, lalu beliau memanggilnya sambil bersabda, 'Pergilah bersama mereka,
selesaikanlah kasus yang menjadi perselisihan di antara mereka dengan adil.' Lalu Abu
Ubaidah pun berangkat bersama mereka."
Sepeninggalan Rasulullah SAW, Umar bin Al-Khattab ra mengatakan kepada Abu
Ubaidah bin Jarah di hari Saqifah, "Hulurkan tanganmu! Agar saya baiat kamu, karena
saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Sungguh dalam setiap kaum terdapat
orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah.' Lalu Abu
Ubaidah menjawab, “Saya tidak mungkin berani mendahului orang yang dipercayai oleh
Rasulullah SAW menjadi imam kita di waktu shalat (Saidina Abu Bakar as-Shiddiq ra),
oleh sebab itu kita sayugia membuatnya jadi imam sepeninggalan Rasulullah SAW.”
Sisi lain dari kehebatan sahabat yang satu ini adalah kezuhudannya. Ketika kekuasaan
Islam telah meluas dan kekhalifahan dipimpin oleh Saidina Umar ra, Abu Ubaidah
menjadi pemimpin di daerah Syria. Saat Umar mengadakan kunjungan dan singgah di
rumahnya, tak terlihat sesuatu pun oleh Umar ra kecuali pedang, perisai dan pelana
tunggangannya. Umar pun lantas berujar, "Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak
mengambil sesuatu sebagaimana orang lain mengambilnya?"
Beliau menjawab, "Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup menyenangkan."
Abu Ubaidah bin Jarrah ra ikut serta dalam semua peperangan Islam, bahkan selalu
mempunyai andil besar dalam setiap peperangan tersebut. Beliau berangkat membawa
pasukan menuju negeri Syam, dengan izin Allah beliau berhasil menaklukan semua
negeri tersebut.
Ketika wabak penyakit Taun bermaharajalela di negari Syam, Khalifah Umar bin Al-
Khattab ra mengirim surat untuk memanggil kembali Abu Ubaidah. Namun Abu Ubaidah
menyatakan keberatannya sesuai dengan isi surat yang dikirimkannya kepada khalifah
yang berbunyi,
"Hai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu, kalau kamu memerlukan saya, akan
tetapi seperti kamu ketahui saya sedang berada di tengah-tengah tentera Muslimin.
Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan
saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusannya
terhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya surat saya ini, tolonglah saya
dibebaskan dari rencana baginda dan izinkanlah saya tinggal di sini."
Setelah Umar ra membaca surat itu, beliau menangis, sehingga para hadirin bertanya,
"Apakah Abu Ubaidah sudah meninggal?" Umar menjawabnya, "Belum, akan tetapi
kematiannya sudah di ambang pintu."
Sepeninggalan Abu Ubaidah ra, Saidina Muaz bin Jabal ra berpidato di hadapan kaum
Muslimin yang berbunyi, "Hai sekalian kaum Muslimin! Kalian sudah dikejutkan dengan
berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang
yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian
dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang dari beliau. Oleh sebab itu
kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah."
Menjelang kematian Abu Ubaidah ra, beliau memesankan kepada tenteranya, "Saya
pesankan kepada kalian sebuah pesan. Jika kalian terima, kalian akan baik, 'Dirikanlah
shalat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan Ramadhan, berdermalah, tunaikanlah
ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihatilah kalian, sampaikanlah nasihat
kepada pimpinan kalian, jangan suka menipunya, janganlah kalian terpesona dengan
keduniaan, karena betapa pun seorang melakukan seribu upaya, beliau pasti akan
menemukan kematiannya seperti saya ini. Sungguh Allah telah menetapkan kematian
untuk setiap pribadi manusia, oleh sebab itu semua mereka pasti akan mati. Orang yang
paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak
bekalnya untuk akhirat. Assalamu’alaikum warahmatullah."
Kemudian beliau melihat kepada Muaz bin Jabal ra dan mengatakan, "Ya Muaz!
Imamilah shalat mereka." Setelah itu, Abu Ubaidah ra pun menghembuskan nafasnya
yang terakhir.

Saturday, 21 January 2012

MuSlImIn DaN mUsLiMAh AcUAn Al-QuRaN..

MUSLIMIN ACUAN AL-QURAN

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah seorang 
muslimin yang beriman


Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu



Muslimin Acuan Al-Quran

Ialah muslimin yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan
Dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang



Muslimin Acuan Al-Quran

Ialah muslimin yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama Islam Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat





Muslimin Acuan Al-Quran

Sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya




Muslimin Acuan Al-Quran


Tidak pernah membazirkan masa
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan





Muslimin Acuan Al-Quran

Sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian



Muslimin Acuan Al-Quran

Ialah muslimin yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah impiannya
Bersama wanita acuan Al-Quran…


MUSLIMAH ACUAN AL-QURAN




Muslimah acuan Al-Quran

Ialah seorang muslimah yang beriman
Yang hatinya penuh rasa cinta kepada Tuhannya Yang Satu
Yang hatinya merindui satu pertemuan abadi
yang hatinya meratap sedu di hamparan sejadah
Yang sanggup menitiskan mutiaranya yang berharga
Demi kasih suci Ilahi





Muslimah acuan Al-Quran

Ialah muslimah yang menjaga bicaranya
Yang menjaga adabnya
Yang tidak takut berkata benar
Yang tidak gentar dijengah mehnah
Walau nyawa jadi taruhan





Muslimah acuan Al-Quran

Dialah wanita yang dijanjikan Tuhannya
Sebuah syurga sebagai mahligai kasihnya
Dialah penghulu bidadari suaminya
Dialah wanita solehah buat agamanya




Muslimah acuan Al-Quran

Ialah muslimah yang tegas
Tegas dalam menegakkan daulah islamiyyah
Tegas dalam hidup yang ditarbiyyah
Dengan pelita iman bersumbukan taqwa




Muslimah acuan Al-Quran

Ialah muslimah yang bersifat qanaah
Baginya kekayaan duniawi hanya sementara
Baginya dunia hanya untuk meraih keuntungan akhirat
Baginya cukuplah alQuran sebagai harta abadi





Muslimah acuan Al-Quran

Ialah muslimah yang tunduknya demi agamanya
Yang hatinya disuburkan dengan semangat juang
Yang solatnya dilakukan dengan tawaduk
Yang suaranya lunak dengan Qalamulllah
Yang menjadikan zikrullah halwa ketenangan
Yang meletakkan Deen sebagai pakaian hidupnya

Benar dia bukan Khadijah, wanita kesayangan Nabi
Benar dia bukan Sumayyah, wanita cintakan syahid
Benar dia bukan Rabiatul Adawiyah, wanita yang merindui cinta Tuhannya

Namun, dialah wanita yang akan menjadi kesayangan suami solehnya Dan, dialah wanita yang rela syahid dalam manhaj islamDan, Dialah wanita yang mencari redha suaminya demi redha Tuhannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...